Vokalis kumpulan terkenal Indonesia, Dadali iaitu Dyrga berkongsi bandnya pernah berada di ambang kejatuhan selepas pemergian dua anggotanya, Rixx dan Yuda yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Julai 2021.
Artikel Berkaitan: Dadali Band Sempat Rakam MV Terakhir Sebelum 2 Ahli Maut Dijangkiti Covid-19
Artikel Berkaitan: 2 Ahli Dadali Band Meninggal Dunia Sebab Covid-19
‘Nak bubar tapi saya lawan‘

Ketika ditemui , pemilik nama Octa Dyrga Nala Prana, 44, berkata salah seorang anggotanya iaitu gitaris Rickarjd pernah menyuarakan mahu membubarkan band itu namun ditegah olehnya.
Kata Dyrga, Yuda merupakan pencipta utama lagu-lagu hits Dadali justeru kehilangannya sangat memberi kesan besar.
Pada awalnya saya bertanya dengan Rickarjd bagaimana dengan band ini, dia kata jangan bubar. Tetapi pernah sebaliknya, dia berubah fikiran mahu bubar sahaja.
Tetapi saya yang mempertahankan kata jangan. Kita sahabat sampai mati.
Kawan yang bekerja dengan band itu berbeza dengan kawan biasa. Kami lakukan semua perkara bersama seperti mandi, tidur dan makan bersama.
Setengah hati saya sudah mati. Saya fikir, macam mana band ini mahu diteruskan tanpa Yuda?
Jual jam tangan

Menceritakan kembali detik-detik terakhir bersama Yuda, Dyrga berkata rakannya itu sempat meninggalkan amanat meminta supaya tempatnya digantikan dengan Boim, gitaris baharu Dadali.
Sebelum meninggal mungkin Yuda ada terasa seperti mahu ‘pergi’. Dia kata kalau jadi apa-apa, gantikan dia dengan Boim.
Sekarang Boim yang buat nada, saya teruskan tulis lirik.
Ketika ditanya mengenai berapa lama masa yang diambil untuk bangkit kembali, Dyrga berkata kumpulan itu mengambil masa hampir empat tahun untuk kembali membina momentum.
Empat tahun juga saya perlu bangkit kerana hari-harinya berat.
Saya terpaksa jual jam tangan saya jenama Patek Phillipe ketika COVID-19.
Harga asal 1 miliar rupiah (RM260,000), tapi saya dapat jual pada harga 1.7 billion rupiah (RM456,317).
Duit tu saya guna beli makanan dan bantu anak-anak Dadali waktu pandemik. Rezeki Allah, saya kongsi.
The post Dadali Band Pernah Hampir Dibubar – ‘Kita Sahabat Sampai Mati’ first appeared on OHBULAN!.





