
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen memasak mi segera untuk kekasihnya, pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol yang berkunjung ke kediamannya di Malaysia.
Masak maggi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan (LMK), 24, dilihat sedang menyediakan bahan-bahan untuk masak mi segera.
Pada perkongsian itu, Jefri dilihat turut membantu kekasihnya, Ameera masak mi segera di dapur.
Resepi LMK




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen difahamkan pernah mencuba resepi Ameera yang dikatakan menambah kesedapan pada rasa mi segera tersebut. Selain itu, Ameera dan Jefri meraih pujian daripada warganet yang dikatakan ‘sweet’ masak bersama.
Bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories (IGs) akaun rasmi milik Ameera itu dipadam tidak lama kemudian.





