32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Sedang Kenal Hati Budi, Berkawan Sejak 2011 – ‘Dia Adalah Orang Yang Keluarga Saya Sangat Sayang’

    Shopee Sale



    Sophia Albarakbah

    Selepas menutup pintu hati buat sementara waktu, pelakon, Sophia Albarakbah mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

    Hati sedang berputik

    Sophia Albarakbah

    Sophia atau nama lengkap Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, berkata, mereka sudah berkawan sejak 2011 dan keluarganya juga mengenali lelaki tersebut.

    Pun begitu, Sophia tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi dan percaya dengan jodoh yang sudah diatur Ilahi.

    Saya ada berkenalan dengan seseorang, tetapi tidak mahu terburu-buru, kami mengambil masa untuk kenal lebih dekat. Masih dalam proses mengenali hati budi.

    Dia adalah orang yang keluarga saya sangat sayang, keluarga saya sudah kenal dia lama. Saya kenal dengan dia sejak 2011. Saya tak mahu berharap, tapi kalau ada insya-Allah.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Makan Makan Raya bersama Sophia dan Aisha Retno yang diadakan di The Roomah Restaurant, Publika, pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Bila Tinggal Di KL, Saya Tak Dapat Ketenangan Seperti Di Kuala Kubu Bharu’ – Aiman Tino

    Berkongsi lanjut, aktres berdarah kacukan Melayu-Arab-Cina itu tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup, sebaliknya ingin fokus dengan kerjaya lakonan.

    Apa pun, buat masa sekarang saya mahu fokus dengan kerjaya. Saya tak terburu-buru pun nak kahwin. Kalau tanya bila nak kahwin, saya akan jawab sudah bersedia.

    Keluarga saya juga tidak mendesak untuk segera berkahwin, mereka menghormati saya. Nak kahwin boleh, tak kahwin pun boleh kata mereka.

    Sebelum ini, Sophia pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang doktor pada Mac 2023, namun selang beberapa bulan kemudian, mereka dikatakan sudah putus sekitar Ogos tahun sama.

    Susulan daripada itu, Sophia ada memaklumkan mahu menutup pintu hatinya buat seketika.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah