27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wajah Anak Saling Tak Tumpah Seperti Arwah Faizal Yusup, Netizen Usik Mahu Jadi Menantu Siti Nordiana – ‘Single Lagi Tak?

    Shopee Sale



    anak nana

    Anak kepada pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie yang semakin menganjak dewasa telah menyorot perhatian warganet.

    Ramai minta jadi menantuanak nana

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkongsi beberapa keping foto bersama anak tunggalnya yang berusia 16 tahun itu.

    Momen-momen tersebut dirakam semasa pelantun lagu Memori Berkasih itu sedang menikmati percutian bersama Rayyan di Jepun baru-baru ini.

    Tokyo trip with anak bujang.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji wajah kacak Rayyan saling tidak tumpah seperti arwah bapanya yang juga seorang pelakon iaitu Allahyarham Faizal Yusup.

    Dalam nada berseloroh, warganet juga mengusik penyanyi berusia 39 tahun itu dengan mengatakan bahawa mereka mahu menjadi menantunya.

    Maaf mama, lambat baru settle mop laut.

    Maaf mama, baru balik surau ni ada kuliah zohor.

    Rayyan tak penat ke jadi handsome? Single lagi tak?

    Rayyan muka arwah Faizal sungguh, kalau dewasa nanti mesti copy ori ayah dia. Alhamdulillah sweet je anak beranak ni.

    Untuk info, Nana dan arwah Faizal mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun disahkan bercerai pada tahun 2009.

    MENARIK:  Kasut Tumit Tinggi Bukan Sekadar Gaya, Ini Kesannya Pada Lutut & Kaki

    Pada tahun 2011, Allahyarham Faizal meninggal dunia akibat serangan jantung.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah