30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Vivy Yusof Lancar Produk Kesihatan, Harap Dapat Bantu Kawal Gula Rakyat Malaysia

    Shopee Sale

    Usahawan Datin Vivy Yusof membuat kemunculan dalam bidang perniagaan dengan memilih produk berasaskan kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Reda Diuji Penyakit Lupus – ‘Stres Musuh Paling Besar’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Sedih Kedai Tudung Fizikal Vivy Yusof Bakal Ditutup  

    Produk baru

    Menerusi perkongsian di Instagram, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof berkata keadaannya memerlukan bantuan selepas disahkan menghidap penyakit lupus.

    Menurut Vivy, produk yang dihasilkan bukan sahaja praktikal, malah mampu membantu golongan wanita khususnya dalam mengawal pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

    Saya berjaya turun berat badan sebanyak 6kg dengan produk ini.

    Selepas menghidap lupus dan kesan steroid terhadap berat badan, saya betul-betul perlukan bantuan.

    Bukan kerana keajaiban semata, tapi sebagai cara semula jadi dan selamat untuk membantu saya lebih peka terhadap apa yang diambil setiap hari.

    Harap ianya dapat membantu anda juga.

    Ramai peminat teruja

    Berdasarkan pemerhatian , rata-rata pengguna memberi maklum balas positif terhadap produk yang dihasilkan. Selain itu, usahawan berusia 38 tahun itu juga menerima sokongan padu daripada kalangan netizen untuk kembali bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

    MENARIK:  Yaana Lee Ucap Terima Kasih, Suami Padam Akaun IG Selepas Kantoi ‘Follow’ Wanita Seksi

    Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang.

    Susulan daripada kes tersebut, Vivy difahamkan memilih untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih tertutup tanpa berkongsi sebarang kisah peribadi dengan terperinci.

    Sumber: Instagram @vivyyusof

    The post Vivy Yusof Lancar Produk Kesihatan, Harap Dapat Bantu Kawal Gula Rakyat Malaysia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah