Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz menyeru pihak bertanggungjawab mengambil tindakan atas jenaka yang berunsurkan sesebuah negeri demi kesejahteraan rakyat.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Dakwa Kontroversi Artis Hanya Sandiwara? – ‘Adakah Kehidupan Begitu Terdesak Sehingga Maruah Dijadikan Taruhan’
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Kesal Ada Pihak Persoal Harga Makanan Di Rembayung Mahal – ‘Makan Western RM30, Shawarma RM20 Tak Apa Pula’
Lawak Kelantan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz meluahkan rasa kesal apabila jenaka ‘tangkap Kelantan’ dianggap gurauan ringan.
Menurut Zhiddin, jenaka yang berunsurkan mana-mana negeri berisiko merosakkan perpaduan antara rakyat.
Mana Sekretariat Rukun Negara? Perpaduan apa yang kalian fikirkan?
Bermacam bangsa duduk semeja, itu perpaduan?
Ya, itu perpaduan. Tapi bayangkan yang duduk semeja itu, lidahnya menggores kulit, nadanya menikam sakit, guraunya membawa perit.
Ketika itu, ada lagi ke perpaduan?
Tolonglah, jenaka Kelantan itu akan menjadi khazanah yang bernanah. Membawa busuk kepada orang Kelantan.
Banteras awal

Dalam pada itu, Zhiddin meluahkan kebimbangannya mengenai perasaan rakyat di negeri yang dijadikan bahan gurauan tersebut.
Hari ini kita belum nampak berdarah, esok pasti nampak apa yang dicelah.
Contoh, kita sebut Perlis, 8 orang. Sabah, atas pokok. Selangor, ladang khinzir.
Ini sebab mulanya dianggap biasa, hanya jenaka. Tapi lihat sekarang apa yang rakyat mereka rasa?
Terluka. Lebih terluka bila lihat yang bijak pandai, menteri pun buat jenaka yang sama.
Tolong ambil tindakan. Jenaka burukkan negeri bukan gurauan ringan, ia mampu memercikkan neraka perbalahan.
Sumber: TikTok @zhiddinaziz
The post [VIDEO] Zhiddin Aziz Mohon Jenaka ‘Tangkap Kelantan’ Dihentikan – ‘Akan Menjadi Khazanah Bernanah’ first appeared on OHBULAN!.





