Pelakon Zahiril Adzim tampil memberi respon susulan video tular yang memaparkan dirinya menjalani rawatan mengecilkan bunga hidung di sebuah klinik kecantikan baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ingatkan Saya Dah Arwah’ – Zahiril Adzim Terkejut Lihat Poster Kematian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahiril Adzim Sambung Bacaan Surah Al-A’laa Terima Pujian – ‘Masa Solat Selalu Baca, Ingatkan Saya Tentang Dunia Hanya Sementara’
‘Saya bukan kecilkan hidung’

Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata tidak menyembunyikan apa-apa berhubung perkara tersebut.
Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka nak post, saya tiada nak rahsia-rahsia.
Tapi hidung saya masih besar, saya bukan kecilkan hidung.
Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Filem dan Sidang Media Amira Amir yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.
Jelas pelakon drama Aku Bukan Ustazah ini, prosedur tersebut dilakukan bertujuan untuk mengawal otot hidung daripada terus mengembang akibat faktor usia dan bukannya untuk mengubah rupa paras asal.
Hanya untuk lemahkan otot di bahagian hidung sebab bila makin menua makin kembang. Jadi saya lakukan supaya ia tidak membesar, itu saja.
Saya tiada niat nak kecilkan macam hidung Korea. Jangan risau, saya tak akan kecilkan hidung saya.
Saya dah 14 tahun dalam industri. Kalau saya nak buat, mungkin tahun kelapan atau kesepuluh saya sudah buat.
Ini sudah 14 tahun, tak payahlah. Orang akan cepat perasan nanti.
Sebelum ini, tular di media sosial satu video yang dimuat naik oleh sebuah klinik kecantikan terkenal memaparkan Zahiril menjalani rawatan mengecilkan bunga hidung.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mengkritik tindakan Zahiril malah ada yang mendakwa bahawa rawatan tersebut hukumnya haram.
The post [VIDEO] Zahiril Adzim Jelas Isu Rawatan Hidung, Bukan Untuk Mancung Tapi Kawal Otot Daripada Kembang – ‘Hidung Saya Masih Besar’ first appeared on OHBULAN!.





