
Seorang wanita meraih perhatian sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran dirinya pada 3 Mei lalu.
Kongsi rezeki sempena ‘birthday’
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai @chn.xo memuat naik video dirinya membeli beberapa barangan seperti alatan tulis dan makanan ringan di sebuah pasar raya.
Wanita itu kemudiannya pergi ke sebuah kafe minuman terkemuka untuk mengambil tempahan sebelum tiba di sebuah rumah anak yatim bersama dua rakannya.
Perjelasnya, bersempena dengan ulang tahuk kelahiran, dia memilih untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang mendapat tempat yang sangat istimewa di lubuk hatinya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kebaikan terjadi kepada saya meskipun saya dalam fasa kejatuhan.
Saya percaya, semua yang saya miliki adalah atas rahmat Allah.
Saya berdoa agar setiap apa yang saya lakukan, saya akan sentiasa berada di jalan yang betul.
Di akhir perkongsian, wanita ini menitipkan ucapan terima kasih buat kedua ibu bapanya yang sentiasa teguh berdiri dan menjadikannya seorang wanita yang kuat.
Komen netizen




Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan murni wanita ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka meluahkan rasa sebak dan teruja selepas melihat keceriaan yang terpampar di wajah anak-anak yatim tersebut.





