Penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias, telah berkongsi satu petua tradisional yang mudah diamalkan bagi membantu merawat gejala influenza.
Petua sembuhkan influenza
Menerusi sebuah klip video ceramahnya, pemilik nama Mohammad Kazim Elias, menerangkan kaedah penggunaan Habbatus Sauda (biji jintan hitam) sebagai ikhtiar untuk melegakan simptom seperti hidung tersumbat, sakit kepala dan sesak dada.
Nombor satu, Habbatus Sauda, ambil yang biji punya, bukan minyak.
Ambil biji, panaskan kuali. Tanpa ada minyak masak, ambil Habbatus Sauda, goreng atas dia tanpa menggunakan minyak.
Kemudian, ambil Habbatus Sauda tadi, letak dalam kain, jadikan bunjut. Ikat.
Langkah terakhir adalah hidu atau sedut aroma wap yang keluar daripada bunjut Habbatus Sauda yang masih panas itu.
Menurut Ustaz Kazim, kaedah ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mengalami gejala selesema, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan di hospital.
Semasa menyedut wap daripada bunjut Habbatus Sauda itu, Ustaz Kazim menasihatkan agar membaca Doa Syifa’ (Penyembuhan).
Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahil Kabir.
A’uuzubillahil ‘aziim.
Min syarri kulli ‘irqin na’arin.
Wa min syarri harrin naar.
Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan nama Allah Yang Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung, daripada kejahatan setiap urat yang mengalirkan darah, dan daripada keburukan panasnya api neraka.
Ustaz Kazim menyatakan bahawa petua ini adalah satu bentuk usaha dan doa untuk memohon kesembuhan daripada Allah SWT.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Ustaz Kazim Elias Kongsi Doa & Petua Rawat Influenza first appeared on OHBULAN!.



#foreducationalpurposesonly #petuaustazkazim #UstazKazim

