32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Dicop Penyondol Sampai Pasangan Bercerai, Rupanya Nissa Sabyan & Ayus Dah Kahwin Diam-Diam

    Shopee Sale



    Desas-desus mengenai hubungan anggota kumpulan nasyid Sabyan iaitu Nissa dan Ayus akhirnya terjawab selepas mereka dikhabarkan sudah sah bergelar suami isteri.

    Nissa, Ayus sah bernikah

    Memetik laporan Suara, Nissa atau nama lengkapnya Khoirunnisa dan Ayus atau Ahmad Fairus telah mendirikan rumah tangga sejak Julai 2024.

    Perkara itu disahkan oleh Drs. H. Ahmad Sumroni iaitu Ketua Pejabat Urusan Agama di Kecamatan Pondok Gede.

    Difahamkan, majlis pernikahan tersebut telah berlangsung secara sederhana dengan menyaksikan Nissa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan wang bernilai RM56.

    MENARIK:  Berjaya Jual 23,674 Hidangan Sehari, Restoran Ajak Shiro Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

    Terdahulu, wanita berusia 25 tahun itu pernah dicop sebagai penyondol dalam rumah tangga Ayus dan bekas isteri, Ririe.

    Nissa dan Ayus didakwa telah menjalinkan hubungan sejak 2021 namun mereka memilih untuk mengunci mulut berhubung kontroversi tersebut. Akan tetapi adik lelaki Ayus mengesahkan abangnya itu sememangnya mempunyai hubungan dengan Nissa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah