28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ustaz Kata Tidak Mengapa Kalau Tunjuk Sedekah’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memaklumkan telah mendapatkan pandangan daripada golongan berilmu berkaitan sumbangan secara terang-terangan yang dilakukan, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak Infaq ‘Payment’ Kepada Persatuan Kebajikan Di Terengganu – ‘Saya Buat Kerana Allah’

    Artikel Berkaitan: Zizan Razak & Azhar Idrus Ajak Datang Di Makar Fest 2.0, Awie Nak ‘Payung’ Lagu Popular

    Bukan nak menunjuk

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohamad Razizan Abd Razak, 41, berkata dia tidak berniat mahu bermegah malah mahu memberi contoh baik kepada masyarakat tentang bersedekah.

    Sebelum ini, Zizan meraih perhatian selepas menyerahkan kesemua bayaran yang diterimanya sebagai tetamu dalam sebuah acara ke sebuah persatuan kebajikan.

    Kadang-kadang kita terlupa sebab bila masuk dalam akaun dan nak keluarkan kembali agak payah.

    Memang daripada awal saya maklumkan kepada pihak penganjur untuk sediakan wang tunai.

    Saya cerita bukan sebab nak tunjuk saya baik. Saya juga sudah tanya dengan ustaz.

    Ustaz kata tidak mengapa tunjuk sebab nak beri iktibar supaya lebih ramai yang akan melakukan perkara yang sama.

    Saya memang sudah berniat dan tidak pegang duit tersebut. Bila Ustaz kata seperti itu, saya memang sumbang kerana Allah.

    Diri lebih matang

    Mengulas mengenai amalan bersedekah, Zizan berkata amalan itu juga mengajar untuknya menjadi lebih matang.

    MENARIK:  Shakilla Khoriri Berang Ada Individu Mengaku Penjaga Utama Anak & Cuba Daftar Sekolah Tanpa Pengetahuan – ‘Memandai Pula’

    Tidak hanya itu, dia juga percaya amal jariah yang dilakukan itu tidak akan mendatangkan kesan buruk pada diri malah memberi impak positif secara dalam sedar atau tidak.

    Saya percaya setiap rezeki yang kita dapat itu tak semestinya untuk kita. Yang terbaik adalah beri kepada mereka yang buat amal soleh.

    Kalau kita menyumbang ia tidak memberi impak negatif pada diri memberi kesan positif.

    Saya pun takut kalau orang tengok saya baik. Saya pun pendosa sama seperti orang lain, tidak lari dari membuat kesalahan.

    Apabila melakukan perkara begini, saya elakkan untuk melakukan perkara buruk. Jadi proses kematangan itu ada.

    Terdahulu, tular satu video memaparkan Zizan memberi sampul berisi jumlah wang kepada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus.

    The post [VIDEO] ‘Ustaz Kata Tidak Mengapa Kalau Tunjuk Sedekah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah