
Pelakon, Shakilla Khoriri berasa berang apabila ada individu yang mengaku sebagai penjaga anaknya, Ameena Sofia dan bertindak mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuan dirinya.
Mengaku penjaga Ameena?

Enggan menyebut nama individu terbabit, Shakilla bagaimanapun bersyukur apabila proses pendaftaran sekolah anaknya tidak berjaya disebabkan pihak berkenaan tidak mempunyai dokumen lengkap.
Tiada komunikasi yang baik pun antara aku dengan penjaga anak aku yang lain. Malah ada yang memandai pula daftar sekolah Ameena tanpa pengetahuan dan permintaan aku.
Dia letak diri dia sebagai penjaga utama walaupun status bukan ibu bapa kandung. Mungkin tak boleh teruskan sebab tiada dokumen sah sebagai penjaga tetap.
Shakilla berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya beserta beberapa borang dan dokumen berkaitan isu tersebut.
Berkasih sayang sampai mati

Tambah Shakilla, dia dan penjaga anaknya yang lain tidak pernah berbincang mengenai urusan persekolahan selain urusan penjagaan Ameena.
Malah, aktres itu mendakwa telah dilarang berhubung dengan anaknya setiap kali tiba giliran pihak terbabit menjaga Ameena.
Tak pernah ada satu panggilan atau mesej yang bertanyakan hal Ameena kecuali mesej untuk ambil dan hantar. Adakah itu dikatakan hubungan berkasih sayang sampai mati itu.
Aku dilarang untuk ganggu (call/ videocall) untuk bertanya khabar Ameena sewaktu dekat sana (ada arahan ini dalam suratnya pada peguam aku).
Biarpun wujud salah faham, Shakilla memberitahu dia terbuka untuk duduk berbincang secara baik dengan pihak berkenaan, namun mendakwa tiada usaha dilakukan.
Sekadar info, Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.
Shakilla kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024 manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.





