30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustaz Elyas Respon Isu ‘Coach Cerai’, Risau Menasihat Tanpa Tauliah – ‘Berhati-Hati Minta Pandangan’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail tampil memberikan pandangannya tentang isu ‘Coach Cerai’ yang kian mendapat perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dipanggil Syaitan Yang Merosakkan Rumah Tangga’ – Coach Cerai

    Artikel Berkaitan: ‘Mana Janji Manis Masa Bercinta?’ – Fazley Yaakob Persoal Pasangan Suami Isteri, Banyak Kes Cerai Didakwa Berpunca Dari Masalah Kewangan

    Kerjaya berlesen

    View this post on Instagram

    A post shared by Ustaz Elyas Ismail (@ustazelyasismail)

    Menerusi perkongsian di Intsgram, Ustaz Elyaz berkata ramai individu mudah percaya dengan kata-kata seseorang, maka pihak bertanggungjawab perlu menyemak latar belakang dan kelayakan mereka.

    Ada yang mengatakan coach cerai ini lebih kepada bimbingan emosi, memberi semangat, panduan dan bagi kata-kata sokongan.

    Saya setuju dengan pendapat Fadzli Aziz yang berkata, ‘sudah tiba masanya kerajaan menjadikan kerja coach, trainer dan motivator ini sebagai kerjaya berlesen yang dipantau oleh lembaga. Kalau tak muncul macam-macam benda pelik, coach cerailah. Kalau tak dikawal mungkin jadi banyak dan merosakkan dari baiki.’

    Walaupun atas dasar cuma nak nasihat atau beri pandangan sahaja, orang sekarang tak peduli.. bahasa yang indah dan tutur kata yang tersusun, mereka akan ambil sebagai pegangan.

    Tambah Ustaz Elyas, rujukan seharusnya dibuat kepada pihak yang berautoriti yang bertauliah dan bukan bergantung kepada pandangan individu yang tidak jelas latar belakang serta kelayakannya.

    Sebab itu penceramah pun ada tauliah, trainer pun ada pengiktirafan daripada badan-badan autoriti yang melayakkan dia untuk bersuara dan bercakap tentang hak dan hal-hal perundangan.

    Kita akan rujuk pihak Jabatan Agama Islam dan pihak kaunseling keluarga.

    Atas nama coach atau apa sahaja, sebenarnya nanti dia mungkin akan memberikan satu nasihat yang bukannya menyelesaikan tapi akan memburukkan keadaan.

    Justeru itu, Ustaz Elyas meminta orang ramai supaya tidak mudah merujuk mana-mana pihak yang tidak mempunyai kepakaran yang diiktiraf.

    Kata iblis, ‘aku bersumpah pada kalian berdua (Adam dan Hawa) bahawa sesungguhnya aku adalah di kalangan penasihat.’

    Maknanya ia adalah nasihat ‘racun’.

    Berhati-hati dalam meminta pandangan bimbingan yang berautoriti agar tidak memburukkan lagi hubungan suami isteri.

    Sumber: Ustaz Elyas Ismail

    MENARIK:  Naqiu bercerita tentang nilai barang-barang sekolahnya yang mencapai RM15k pada masa yang dulu

    The post [VIDEO] Ustaz Elyas Respon Isu ‘Coach Cerai’, Risau Menasihat Tanpa Tauliah – ‘Berhati-Hati Minta Pandangan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah