28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 5 Tanda Taubat Diterima Allah SWT

    Shopee Sale

    Pendakwah dan personaliti media sosial, Ustaz Adnin, menyorot perhatian ramai selepas tampil berkongsi penerangan mengenai tanda-tanda taubat seseorang diterima Allah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 3 Tuntutan Allah SWT Buat Mereka Yang Diberi Rezeki & Kemampuan Kewangan

    MENARIK:  Netizen Membantah Tindakan Curang Aliff Aziz dan Menyarankan Pihak Berwajib Untuk Mengharamkannya - 'Memburukkan Maruah Agama'

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Persiapkan Diri Dari Segi Ekonomi, Agama & Emosi Sebelum Berumah Tangga’ – Ustaz Adnin

    Allah sendiri melorongkan ke arah kebaikan

    " data-video-id="7572108190981066004" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @adninroslan

    5 Tanda taubat diterima? #MYSuperBrandDayTarbiahSentap #TikTokShopSuperBrandDayMY

    ♬ original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

    Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Adnin atau nama penuhnya Ahmad Adnin Roslan, 33, menjelaskan tanda paling ketara taubat diterima apabila Allah sendiri melorongkan seseorang ke arah kebaikan.

    Kalau kita terdetik ingin bertaubat dan kita taubat, itu tanda Allah nak ampunkan kita.

    Sebab Allah lorongkan kita ke arah perkara tersebut.

    Menurut Ustaz Adnin, detik lain yang menggerakkan hati seseorang untuk kembali kepada Allah bukan sekadar kata-kata atau janji lisan, tetapi melalui perubahan perbuatan dalam kehidupan seharian.

    Kita mengakui salah pada Allah, minta ampun dan tinggalkan dosa tersebut secara keseluruhan, itu tanda Allah ampunkan kita.

    Istiqamah perlukan bekalan bersama al-Quran

    Katanya, tanda paling jelas bahawa hati seseorang sedang dibimbing menuju kebaikan ialah perubahan pada gaya hidup dan lingkungan sekeliling.

    Allah akan menjauhkan hamba-Nya daripada maksiat dan mendekatkan kepada golongan yang beriman dan soleh.

    Kita mula ubah pergaulan. Maknanya kalau dulu kita banyak lepak dengan orang yang kurang baik, tapi tiba-tiba kita mula seronok untuk bergaul dengan orang-orang soleh, pergi ke majlis ilmu, itu tanda taubat kita diterima.

    Kita mula benci maksiat-maksiat dahulu yang pernah kita lakukan.

    Kalau dulu kita seronok buat maksiat, sekarang dengar dan terfikir tentang itu pun kita benci. Kita mula rasa seronok buat ibadah wajib dan mula perbanyakkan ibadah sunat.

    Perubahan tersebut adalah petunjuk bahawa Allah sedang membuka pintu hidayah dan menguatkan tekad seseorang untuk terus berada di jalan kebenaran. 

    Namun begitu, menurut Ustaz Adnin, antara cabaran terbesar dalam proses bertaubat adalah untuk kekal istiqamah. 

    Tapi antara benda yang paling mencabar dalam taubat adalah istiqamah.

    Nak istiqamah, kita perlukan bekalan dengan kita berusaha membaca al-Quran, fahami dan beramal.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 5 Tanda Taubat Diterima Allah SWT first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah