Pelakon Datuk Rosyam Nor memberikan respon terhadap isu berkenaan dakwaan menengking seorang pelatih industri dari sebuah perniagaan alat bengkel baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bapa Meninggal Dunia Tapi Saya Tak Boleh Mengaji Untuk Dia’ – Rosyam Nor
Artikel Berkaitan: Jari Cucu Terkena Air Panas, Rosyam Nor Dakwa Kecuaian Rawatan Sebabkan Kecacatan
Bakal bertemu

Ketika ditemui Rosyam atau nama lengkapnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 59, mengakui berasa berang terhadap pelajar industri terbabit.
Difahamkan Rosyam bertindak sedemikian berikutan tidak puas hati apabila pihak bengkel itu menggunakan fotonya untuk tujuan promosi tanpa kebenaran.
Tunggu 14 Februari saya akan ‘serang’ mereka. Mereka akan mengadap saya nanti!.
Baru-baru ini saya dapat tahu, pihak mereka gunakan gambar saya tanpa izin. Saya jadi marahlah. Mereka ada buat perniagaan, contohnya, bila ada motosikal rosak mereka akan baiki.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta AC Gas yang berlangsung di KL Trillion pada Khamis.
Dalam masa sama, Rosyam tetap bersyukur apabila diberikan peluang berkolaborasi bersama mereka namun menafikan isu itu timbul adalah untuk tujuan pemasaran daripada pihaknya.
Mereka yang buat pemasaran, tetapi saya bernasib baiklah dapat kalau rezeki dilantik sebagai rakan kongsi. Bila saya ‘hentak’, kini saya sudah menjadi partner mereka.
Rupa-rupanya, saya dapat tahu bahawa mereka memang nak jumpa dan lantik saya sebagai rakan kongsi.
Terdahulu, tular sebuah rakaman suara di TikTok mendedahkan Rosyam didakwa berkelaluan kasar terhadap seorang pelatih industri.
Rentetan itu, tindakan Rosyam didakwa telah menyebabkan tekanan melampau terhadap pelatih industri tersebut sehingga mengalami ‘anxiety’.
The post [VIDEO] ‘Tunggu Saya Akan Serang’ – Rosyam Nor Respon Isu Marah ‘Intern’ first appeared on OHBULAN!.





