26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tracie Sinidol Ralat Tak Dapat Pulang Ketika Kematian Nenek, Akui Sukar Jadi Anak Perantau – ‘Banyak Dugaan & Momen Yang Saya Terlepas’

    Shopee Sale



    Bergelar seorang anak perantau ternyata ianya adalah sebuah cabaran yang hebat bagi pelakon meningkat naik, Tracie Sinidol apabila perlu berkorban masa bersama keluarga.

    Kematian nenek

    Ketika ditemui , Tracie yang berasal dari negeri di bawah bayu itu tidak dapat menahan air mata apabila mengimbas kembali detik ketika mengetahui nenda tercinta sudah meninggal dunia.

    Menurut aktres berusia 24 tahun itu, neneknya meninggal dunia semasa dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama sekitar tahun lalu.

    Susah, banyak dugaan yang tidak dapat dijangka dan sudah semestinya banyak momen yang saya terlepas.

    Antara yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika saya mendapat berita bahawa nenek saya meninggal dunia semasa saya menjalani penggambaran drama.

    Tracie juga ralat kerana tidak dapat menatap wajah neneknya buat kali terakhir berikutan tiada penerbangan ke Sabah ketika itu.

    Penggambaran tersebut di dalam hutan dan apa yang membuatkan saya rasa lebih sakit adalah tiada tiket penerbangan ke Sabah.

    Tracie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Demi kerjaya

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

    Demi peluang yang lebih baik di dalam dunia seni, bekas juara Dewi Remaja 2022 itu berkata, dia memilih untuk terus menetap di Semenanjung.

    MENARIK:  UCEM: Peraturan Baru SKMM Untuk Hapuskan Spam Digital – Apa Maknanya Untuk Korang?

    Walau bagaimanapun, keluarganya tetap menjadi keutamaan dan berusaha untuk bersama mereka setiap kali mempunyai kesempatan masa.

    Saya cuba untuk menjadi seorang yang kuat demi keluarga dan buat yang terbaik supaya mereka tidak risau dengan keadaan saya di sini.

    Bila ada sahaja kesempatan saya akan cuba balik ke Sabah dan luangkan masa dengan keluarga.

    Dalam perkembangan lain, Tracie bersama-sama Syafiq Kyle, Mira Filzah, Bella Dowanna dan ramai lagi turut terlibat menjayakan drama bersiri terbitan Viu Originals tersebut.

    Drama yang berkisarkan tentang percintaan itu akan mula ditayangkan pada 23 Januari 2025. Ia menggabungkan elemen romantik, komedi dan fantasi ditambah dengan elemen ‘plot twist’.

    " data-video-id="7462669965485804817" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Hanya anak perantauan je faham perasaan ini ??# #fyp #traciesinidol #ralat #tak #hadir #kematian #nenek

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah