32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ayda Jebat Tetap Keluar Bekerja, ‘Langgar’ Nasihat Doktor Suruh ‘Bed Rest’ Selama Sebulan – ‘Saya Rasa Itu Satu Tanggungjawab’

    Shopee Sale



    Penyanyi Ayda Jebat, menyatakan dia terpaksa keluar bekerja meskipun doktor menasihati untuk ‘bed rest’ selama sebulan selepas mengalami slipped disc sejak seminggu lalu.

    Ayda degil

    Menurut Ayda, 32, dia mengakui sukar mengikis sikap degilnya namun perlu berhati-hati pada setiap masa agar keadaan kesihatannya tidak lebih mudarat.

    Doktor memang marah bila tahu saya degil dan masih lagi terus bekerja sebab dia nasihatkan berehat di katil sekurang-kurangnya sebulan. Tetapi nak buat macam mana komitmen kerja yang ada perlu diselesaikan juga.

    Saya akui, keluar sahaja hospital baru-baru ini, saya terus kerja, ada penggambaran termasuk datang ke Singapura ini untuk sertai Celebfest.

    Saya rasa itu satu tanggungjawab. Cuma saya perlu sangat berhati-hati dalam setiap pergerakan, jalan pun kena perlahan-lahan selain makan ubat yang doktor berikan.

    Insya-Allah selepas tamat karnival Celebfest ini saya akan rehat sekejap sehari dua.

    Ayda berkata demikian ketika ditemui di karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec.

    Selain Ayda, antara barisan selebriti lain yang turut memeriahkan Celebfest Ramadan yang berlangsung selama tiga hari adalah Fattah Amin, Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Sophia Albarakbah, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Hisyam Hamid, Datuk Fizz Fairuz, Risteena, Aina Abdul, Aizat Saha dan ramai lagi.

    MENARIK:  Julfekar Dakwa Ahli Kumpulan SMDX Sudah Tunjuk Masalah ‘Attitude’, Beri Nasihat ‘Cara Jawab Tu Biar Nampak Cerdik & Merendah Diri’

    Senaman

    Tambah isteri kepada pengacara Nabil Mahir, dia disarankan untuk melakukan senaman dan patuh dalam pengambilan ubat-ubatan.

    Semasa saya buat pemeriksaan dan fisioterapi baru-baru ini, doktor hairan kenapa bengkak pada bahagian belakang saya itu tidak surut-surut. Dia tanya sama ada saya buat kerja dan saya jawab ya.

    Doktor marah jugalah sebab dia suruh saya berehat, tetapi dia ada beritahu juga cara kerja bagi pesakit slipped disc. Apa yang perlu saya lakukan adalah buat rutin senaman dan makan ubat.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Temberang berkata dia tidak pasti punca tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal.

    Kalau orang tanya macam mana terjadi, tak pasti apa puncanya. Ketika kejadian, saya hanya nak letakkan kasut anak di bawah selepas itu bila nak bangun tiba-tiba bunyi ‘pop’.

    Saya menjerit kesakitan sebab terbayang tulang patah. Saya juga tak boleh nak berdiri tegak. Suami saya pun terkejut tengok keadaan saya dan terus bawa ke hospital.

    Pada 1 Mac lalu, Ayda memaklumkan telah menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami slipped disc ringan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah