30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Terpaksa Curi Bank Statement Income Ejen & Duplicate Nama Syarikat Saya’ – Aliff Syukri

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilaluinya pada awal penglibatan dalam dunia perniagaan apabila barangan jualannya dibaling sehingga dipijak orang ramai di sebuah tapak pasar tani.

    Artikel Berkaitan: ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri

    MENARIK:  Fazura Tangguh Post Video Hadiah ‘Birthday’ Fatima, Hormat Isu GSF & Rakyat Gaza

    Artikel Berkaitan: ‘Tengok Usahawan Muda Berjaya, Saya Tumpang Bangga’ – Aliff Syukri

    Tiada lesen perniagaan

    " data-video-id="7613590734326795541" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @buatsaja.podcast

    “Saya Dihalau Dari Berniaga, Sewaktu Isteri Saya Mengandung” Tetamu kali ini adalah Dato’ Sri @Aliff Syukri Kamarzaman merupakan Pengasas kepada Dherbs Tonton Podcast Penuh Di Channel Merah BuatSaja Podcast. #BuatSajaPodcast – Podcast Bisnes & Inspirasi “On the Way” No.1 di Malaysia! #PodcastMalaysia #KisahInpirasi #PapaLaris #AliffSyukri

    ♬ original sound – AKI Seruling – AKI Seruling

    Menerusi Buat Saja Podcast di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri, 38, berkongsi bahawa kejadian tersebut berlaku ketika isterinya, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, sedang hamil.

    Dalam masa yang sama, dia mengakui tidak mempunyai lesen untuk meneruskan perniagaan sehingga menyebabkan dirinya diusir dari lokasi tersebut.

    Waktu itu isteri saya sedang mengandung, orang itu baling barang-barang jualan yang saya nak meniaga dengan pengunjung tengah penuh lalu-lalang dekat situ, habis berterabur barang saya kena pijak.

    Pada waktu itu bagi saya nilai RM1,000 ibarat seperti RM1 juta dan barang saya itu nilainya dalam RM5,000 tapi kena pijak.

    Saya merayu dekat semua orang jangan jalan sebab orang lain dah mula pijak barang saya.

    Saya pun menangis minta tolong tapi orang itu suruh saya keluar juga sebab saya tak ada lesen.

    Jadi daripada situ saya dapat selamatkan barang saya separuh sahaja.

    Kata Aliff, selepas kejadian itu dia berjanji kepada isterinya bahawa suatu hari nanti dia tidak lagi perlu berniaga di pasar tani, sebaliknya akan memiliki kedai sendiri dalam tempoh dua tahun.

    Saya cakap dekat isteri, saya akan buktikan yang kita tidak akan meniaga dekat pasar tani ini lagi.

    Saya akan buktikan yang kita akan ada kedai sendiri tapi bagi saya masa dua tahun.

    Lepas dari itu, saya memang tak jejak kaki dekat situ, saya pergi meniaga tempat lain.

    Tapi jujurnya memang salah saya sebab tak ada lesen perniagaan.

    Berjaya buka 25 buah kedai jamu

    Berkongsi lebih lanjut, bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, usahanya membuahkan hasil apabila dia berjaya membuka sebuah kedai jamu, sebelum perniagaannya berkembang sehingga memiliki kira-kira 25 buah cawangan.

    Tambahnya lagi, kedai jamu pertamanya dibuka di Econsave Sg. Buloh, namun pada ketika itu pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan tidak membenarkan peniaga kecil untuk berniaga di situ.

    Jadi lepas dari itu saya meniaga di pasar tani yang lain, saya mula menyimpan duit.

    Saya dapat buka satu kedai jamu sampai la waktu itu saya ada 25 buah kedai jamu.

    Kedai jamu saya yang pertama berlokasi di pasar raya Econsave Sg. Buloh.

    Tapi, waktu itu pihak pengurusan Econsave tak bagi peniaga kecil masuk meniaga di situ.

    Dalam pada itu, syarat yang ditetapkan ketika itu ialah sesebuah syarikat perlu mempunyai rekod transaksi bank sekurang-kurangnya RM500,000 sebelum dibenarkan membuka perniagaan di dalam pusat beli-belah tersebut.

    Nak masuk meniaga di Econsave pada waktu itu kita kena ada pendapatan sekurang-kurangnya RM500,000.

    Jadi saya curi ejen saya punya bank statement income dia.

    Waktu itu jenama Aura Salon terkenal, jadi saya ambil bank statement dia dan duplicate letak nama company saya ‘Syurga Herb Kosmetik’.

    Padahal waktu itu pendapatan syarikat saya kosong sahaja tapi sebab pusat membeli-belah tak akan pandang kalau syarikat tak ada duit.

    Dulu kalau nak masuk meniaga dalam pusat membeli-belah kiranya awak ‘king’.

    Sekurang-kurangnya awak kena setengah juta transaksi untuk syarikat dalam bank.

    Sumber: TikTok Buat Saja Podcast

    The post [VIDEO] ‘Terpaksa Curi Bank Statement Income Ejen & Duplicate Nama Syarikat Saya’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah