27.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Merajuklah, Saya Tetap Akan Berbakti Untuk Negara’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale



    Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya tidak merajuk meskipun timbulnya dakwaan beliau dibayar untuk membuat persembahan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa lalu.

    Siti tak merajuk

    Ketika ditemui , Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata, dia juga tetap akan membuat persembahan di acara rasmi yang dianjurkan kerajaan sebagai tanda penghargaan buat mereka yang telah banyak berjuang dan berjasa untuk negara.

    Tak adalah (merajuk), perkara ini perkara biasa.

    Saya tetap Siti Nurhaliza, dah matang dah.

    Saya tahu bila mana saya perlu berbakti kepada negara dan (buat persembahan) untuk hargai orang.

    Terdahulu, perkongsian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memuat naik foto Siti serta Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah yang dijemput dalam majlis berkenaan bagi menghiburkan tetamu telah menyorot perhatian ramai.

    Siti kemudiannya menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya dibayar untuk membuat persembahan pada majlis rasmi tersebut menerusi Instagram (IG).

    Perjelas Siti, kehadirannya ke majlis tersebut adalah sebagai tetamu dan bukanlah sebagai artis yang diundang untuk membuat persembahan.

    Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan.

    Saya menyanyi kerana mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran.

    Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, penjelasan tersebut dibuat bagi memastikan tiada pihak menyebarkan fitnah yang mengaitkan dirinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Haliza Maysuri Dedah Satu Persatu Nilai Pakaian & Aksesori Digayakan Ke Majlis Makan Malam – ‘Barulah Seimbang Dunia & Akhirat’

    Ciapan Dr. Dzulkefly

    Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut mengesahkan bahawa kedua-dua artis tersebut hadir sebagai tetamu dan membuat persembahan tanpa bayaran menerusi aplikasi X.

    Menurutnya, ia bagi menghormati peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pekerja kesihatan KKM dan tetamu lain yang merupakan sebahagian daripada ekosistem penjagaan kesihatan negara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah