30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syed Saddiq Sentiasa Bawa Kipas Dalam Beg – ‘Mengikuti Bella Semasa Shooting..’

    Shopee Sale



    Gerak geri ahli politik, Syed Saddiq kini kian menjadi perhatian ramai selepas menjalinkan hubungan baik bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

    Sadiq bawa kipas

    " data-video-id="7491299999742037264" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @_xzimxh

    Siapa yang tak sihat? Boleh dapatkan vitamin disini ? #YBSS #BB #syedsaddiq #bellaastillah #sweetcouple #lovestory #viral #hottrend #MUAR #jalantegak #bukuYB #karangkrafmall

    ? Keliru – IMRAN JAAFAR

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sedang mengeluarkan sebuah kipas tangan elektronik daripada begnya.

    Paling menarik perhatian apabila Saddiq berkata dia mula membawa kipas selepas mengikuti Bella ke sesi penggambaran.

    Mengikuti Bella semasa shooting saya bawa kipas..dan dalam beg ini bukan hanya sekadar ada kipas.

    Dalam pada itu, Saddiq memaklumkan dia sering membawa beg tersebut sebagai salah satu cara untuk bersenam.

    Saya sengaja beratkan beg ini untuk jadikan ia sebagai workout.

    Saya jalan dekat parlimen ada juga orang ketawakan saya.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata, Saddiq akan sentiasa mengingati Bella walau kemana sahaja beliau berada dan mereka juga senang melihat kemesraan pasangan itu.

    MENARIK:  ‘Rasa Segan Bila Pelakon Baharu Idolakan Saya’ – Beto Kusyairy 

    Sekadar info, Bella dan Saddiq sebelum ini berkerjasama bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan.

    Ahli politik berasal dari Johor itu juga pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

    Bagaimanapun, sehingga kini kedua-duanya masih belum membuka mulut berhubung status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah