31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syed Saddiq Akui Ada Perancangan Berkahwin, Pilih Jaga Privasi

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mengakui bahawa dia sememangnya menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang. 

    MENARIK:  Zamaera Didakwa Tidak Hormat Bulan Ramadan, Kongsi ‘Teaser’ Lagu Ikan Kekek Dengan Seluar Pendek & Tergelek

    ‘Biarlah kehidupan saya kekal peribadi’

    " data-video-id="7521758292897484050" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sinarharianonline

    Saya tak sangka soalan ini ditanya – Syed Saddiq Ketika ditanya tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Syed Saddiq berkata memang ada niat ke arah itu, namun dalam proses ke sana, ada privasi yang perlu dihormati. Ahli Parlimen Muar itu berkata, sementara itu biarlah kehidupan peribadinya kekal peribadi sehinggalah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua. Dapatkan video penuh Interviu, Apa rencana Syed Saddiq selepas ini? di semua platform digital Sinar Harian! Interviu SinarHarian SyedSaddiq ArmadaBersatu AhliParlimenMuar #johordarultakzim

    ♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

    Menerusi program Interviu: Apa Rencana Syed Saddiq Selepas Ini?, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memilih untuk menjaga privasi berkaitan soal kehidupan peribadinya buat masa ini.

    Pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bahawa meskipun ada perancangan ke arah perkahwinan, namun proses itu melibatkan banyak pihak dan harus dihormati.

    Tipulah kalau saya cakap mahu kekal bujang selamanya. Memang ada niat dan perancangan ke arah (perkahwinan) itu.

    Namun, dalam proses membina rumah tangga sendiri, akan melibatkan pasangan, keluarga dan privasi yang perlu dihormati.

    Biarlah kehidupan saya kekal peribadi sehingga tiba masanya untuk diumumkan kepada semua.

    Tambah Saddiq, meskipun sentiasa bersikap terbuka dalam hal-hal berkaitan politik, namun untuk urusan yang menyentuh hal peribadi dan melibatkan orang lain termasuk keluarga, beliau lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum.

    Perkara berkaitan politik, saya terbuka. Tetapi bagi hal yang bukan sahaja melibatkan saya, malah orang lain termasuk keluarga, lebih baik proses itu dihormati.

    Sumber: TikTok Sinar Harian

    The post [VIDEO] Syed Saddiq Akui Ada Perancangan Berkahwin, Pilih Jaga Privasi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah