26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sweet Qismina Kongsi Hobi 2026, Kumpul Kad Pokemon Sebagai Pelaburan – ‘Belanja RM100, Pulangan Boleh Cecah RM1,000’

    Shopee Sale

    Pelakon Sweet Qismina teruja berkongsi hobi baharu bagi tahun 2026, susulan sikap dirinya yang mudah berasa bosan terhadap sesuatu perkara.

    Artikel Berkaitan: ‘Bercakap Tanpa Sebarang Usul Periksa, Amat Menjengkelkan’ – Sweet Qismina

    Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Sakit Hati Baca Komen Netizen Fitnah Adam Lee – ‘Dia Cengkung Sebab Turun Berat, Nak Fight’

    Hobi baru: kumpul kad Pokemon

    Ketika ditemui , Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 28, berpendapat hobinya mengumpul kad Pokémon merupakan satu bentuk pelaburan.

    Lebih beruntung, pelakon filem Babah itu berkata dia turut menerima sokongan penuh daripada suaminya, Adam Lee, selain galakan rakan selebriti, Harris Annuar yang lebih berpengalaman.

    Saya ada hobi baru, terjatuh cinta dengan kad Pokemon.

    Bermula daripada TikTok, saya nampak seorang budak muat naik satu kad sampai menangis.

    Saya cari harga kad itu, 5 angka. Daripada itu, saya mula fahamkan apa itu kad Pokemon.

    Sebab saya baru tahu kad itu boleh buat pelaburan. Kalau beli dengan harga sekian-sekian, boleh cecah beribu kalau PSA 10 masa hantar grading.

    Tambahan pula, kawan kami iaitu Harris Annuar banyak cerita. Dia melabur 5 angka dan boleh cecah 6 angka sebagai pulangan.

    Sweet berkata demikian ketika ditemui pada konsert minggu ke-10 GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

    Pelaburan yang baik

    Dalam pada itu, Sweet memaklumkan dia hanya berbelanja sekitar RM100 untuk kad Pokémon, namun berpotensi memperoleh pulangan melebihi RM1,000.

    MENARIK:  ‘Saya Bukan Pandai Agama, Tapi Saya Anggap Ini Hadiah Untuk Suami’ – Zila Bakarin

    Bagaimanapun, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) itu menganggap hobi tersebut sekadar minat peribadi dan tidak terlalu mengambil serius sekiranya kad Pokémon berkenaan kehilangan nilai.

    Saya baru beli satu kad dalam RM100 lebih. Orang kata, kalau hantar pergi grading boleh cecah seribu lebih.

    Saya belum melabur sampai beribu. Baru 1 ke 2 kotak.

    Saya tiada hobi. Saya cepat bosan. Lain dengan Adam, semua benda dia buat.

    Saya jenis ikut saja Adam. Bila ada hobi baru, dia sokong saja.

    Bila kita kata hobi, ianya tidak menjanjikan dapat pulangan. Saya anggap macam zaman kanak-kanak dulu kumpul kad.

    Janji apa yang saya beli itu, saya suka dan bukan sekadar untuk pelaburan.

    The post [VIDEO] Sweet Qismina Kongsi Hobi 2026, Kumpul Kad Pokemon Sebagai Pelaburan – ‘Belanja RM100, Pulangan Boleh Cecah RM1,000’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah