
Suami kepada personaliti televisyen, Nana Mahazan iaitu Raqeem Brian tidak dapat menahan sebak selepas anak mereka iaitu Aaqib mendapat tempat ke akademi bola sepak, Villarreal FC.
Tahniah!
Berita baik itu dikongsikan sendiri Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menerusi hantaran di TikTok.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Nana memaklumkan anaknya itu mendapat tempat 15 terbaik daripada 40 orang yang hadir ke sesi percubaan.
Nana turut meluahkan rasa syukur selepas anak keduanya itu berjaya mendapatkan tempat ke akademi latihan pasukan terkenal dari Sepanyol itu.
Syukur Ya Allah, Alhamdulillah atas nikmatMu.
Kami sangat berbangga dengan kamu, Aaqib. Tiga minggu daddy gigih bawa Aaqib pergi ‘trial’ dan sesi latihan.
Daddy tunjukkan juga ‘full commitment’ dan ‘basuh’ Aaqib dapat tempat.
Pemain lain semuanya berbakat dan kali ini memang agak mencabar. Daripada 40 orang, jadi 20 kemudian yang terpilih hanya 15 orang.
Selamat maju jaya Aaqib, terbang tinggi dan terus komited dalam latihan. Kami sentiasa sokong.
Aku nangis lah tengok daddy dan Aaqib peluk.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Aaqib atas kejayaannya yang terpilih untuk menyertai akademi latihan bola sepak tersebut.
Komen netizen








