31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Bagi ‘Hint’ Bakal Buat Kejutan Sempena 30 Tahun Dalam Industri Seni

    Shopee Sale



    Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years di ibu kota, semalam.

    Perlu ditonton

    Menerusi temu bual bersama , Siti berkata, filem biografi seperti ini perlu ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air termasuk anak seni.

    Saya melihat ini sebagai satu biografi yang patut ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air, malah anak-anak seni kena tengok juga. Biasanya, biografi ini akan dibuat apabila orang itu sudah tiada. Tapi sekarang tidak. Artis antarabangsa dan ramai lagi yang dah buat dokumentari semasa mereka masih ada. Jalan cerita dan sumber lebih diperakui.

    Tambah Siti, usaha yang dilakukan oleh Rossa untuk menayangkan filem biografi tersebut di Malaysia sangat bagus.

    Usaha ini sangat bagus sebab dia ada peminat dekat seni. Jadi seorang anak seni bukan mudah dan kami dah lalui banyak cabaran dan dugaan.

    Berbicara lebih lanjut, Siti mengakui bahawa menjadi seorang anak seni bukanlah mudah kerana perlu menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.

    Saya hampir 30 tahun dalam industri. Dokumentari ni ada banyak. Saya teruja nak tengok Rossa punya dokumentari sebab nak tahu kehidupan dia sebagai anak seni dan seorang wanita. Mungkin boleh dapat inspirasi. Saya tengah kumpul idea sempena 30 tahun saya dalam industri. Bahan semua dah kumpul. Setiap orang pasti berbeza.

    Di akhir temu bual, Siti mengucapkan tahniah buat Rossa di atas pelancaran filem biografinya semalam.

    MENARIK:  ‘Dah Lupa & Tak Penting’ – Jefri Nichol Perjelas Tak Faham Kecek Kelantan

    Video

    " data-video-id="7426659132012350736" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Wow Tokti bagi hint part last tu? ???# #fyp #news #dato #sitinurhaliza #teruja #filem #rossa #biografi

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah