
Hantaran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih perhatian dengan bakat tariannya yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Siti ikut trend
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, , Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin dilihat melakukan tarian ‘Like Jennie’ nyanyian asal daripada salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Selatan Blackpink, iaitu Jennie.
Nak ikut trend anak muda jap.
Video yang berdurasi selama 23 saat itu meraih perhatian dengan gaya tarian pelantun lagu ‘Cindai’ itu yang dikatakan sopan.
Jennie versi sopan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti yang menjayakan ‘Like Jennie trend’ dengan gaya tersendiri. Selain itu, warganet turut memuji Siti yang memilih untuk menari secara sopan dan tidak menjolok mata.





