Tindakan biduaniti negara, Siti Nurhaliza meluangkan masa melawat salah seorang ahli kelab peminatnya, Mohd Fadzil yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menuai pujian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Ramai Datang Rumah, Tapi Saya Harap Mereka Guna Saluran Yang Betul’ – Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Artis, Tak Pernah Culas Bayar Sejak 5 Tahun Lalu
Lawat peminat

Difahamkan, Fadzil mengalami sesak nafas sebelum pengsan secara mengejut dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dilihat risau dengan dugaan yang menimpa salah seorang peminat sejatinya.
Ketika lawatan itu juga, Siti turut menitipkan kata-kata semangat kepada Fadzil hingga membuatkan ramai yang tersentuh hati.
Oksigen Fadzil tiba-tiba naik apabila Siti berbisik dekat telinganya. Kuat tau, kami tunggu ni.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terharu dengan tindakan Siti kerana sanggup hadir memberikan sokongan kepada peminatnya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Siti Nurhaliza Luang Masa Lawat Peminat Di ICU – ‘Oksigen Dia Tiba-Tiba Naik Selepas Siti Berbisik’ first appeared on OHBULAN!.





