29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Siapa Pun Boleh Nyanyi Lagu Duet Ajai, Jangan Bandingkan’ – Nourul Depp

    Shopee Sale



    Di Instagram, penyanyi, Nourul Depp mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video menyanyikan lagu Keliru secara solo.

    Show must go on!

    Menerusi perkongsian tersebut, Nourul berkata, dia menyedari namanya menjadi sebutan ramai selepas bekas suaminya, Ajai mengadakan Konsert By Ajai & Mega Friends berlangsung pada Sabtu lalu .

    Ada ni haa, ramai sangat dok sebut.. tersedak kami satu hari ini. Ada nyanyi juga lagu Keliru ni, saya nyanyi solo saja. Jalan! The show must go on!

    Tambah Nourul, dia berharap netizen tidak membandingkan penyanyi yang membawa lagu tersebut di mana-mana acara.

    Siapa pun boleh nyanyi lagu Keliru atau lagu-lagu duet komposer terkenal yang bernama Faizal Maas atau dikenali sebagai Ajai.

    Semua ada cara tersendiri. Kita jangan banding-bandingkan.

    Di ruangan komen, bekas isteri kepada Ajai ini turut menjawab pertanyaan seorang individu yang bertanya sekiranya dia terbuka untuk berduet menyanyikan lagu tersebut bersama bekas suami.

    MENARIK:  Aina Abdul Beri Jaminan kepada Peminat Risau Berbuat Persembahan ‘Back To Back’ di AJL38

    Berbicara lebih lanjut, Nourul mendedahkan mereka pernah hampir untuk berduet namun terpaksa dibatalkan atas masalah yang terlalu peribadi antara mereka.

    Bagaimanapun, sekiranya peluang itu diberikan semula, Nourul tiada masalah untuk menyanyi bersama Ajai demi menjalinkan hubungan profesional.

    Dalam bekerja kita perlu menjadi profesional. Kita tak boleh campurkan masalah peribadi. Jadi saya okay saja.

    Dulu suami ada cakap dan bagi kebenaran tetapi setelah berlaku beberapa perkara yang tidak disangka (terlalu peribadi), kami ambil keputusan tak teruskan.

    Dalam hidup ini kena profesional apabila bekerja. Saya okay saja.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah