Pelakon Tiz Zaqyah berkongsi keadaan dirinya selepas mengalami gastrik dan keracunan makanan.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Tegur Netizen Busuk Hati Tengok Ramai Kongsi Rezeki Dengan Rakyat Indonesia – ‘Ini Perasaan Hasad Dengki’
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Minta Imran Bard Mohon Maaf Secara Ikhlas & Beradab – ‘Saya Lihat Awak Ada Masa Depan Jauh …’
Gastrik & keracunan makanan

Menerusi perkongsian terkini di laman Threads, Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Abdul Razak memuat naik foto dirinya sedang berbaring dan menerima rawatan.
Menurut Tiz, meskipun dirinya kini beransur pulih, pengalaman itu mengajarnya bahawa masalah gastrik dan keracunan makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Pertama kali tumbang gigil naik kerusi roda masuk kecemasan, masuk drip.
Alhamdulillah rasa lebih baik tapi gastrik dan keracunan makanan bukan satu perkara yang kelakar.
Saya rasa macam tak ada harapan dah tadi punya sakit sampai kejung tangan dan kaki. Traumanya.
Minum tadi sebab haus, semua muntah balik dan cirit birit juga.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pelakon Nur Kasih The Movie itu agar segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Sumber: Threads
The post Tiz Zaqyah Alami Gastrik & Keracunan Makanan – ‘Rasa Macam Tak Ada Harapan..Punya Sakit’ first appeared on OHBULAN!.





