27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar junjung kasih doa, keprihatinan Sultan Brunei

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah terhadapnya.

    Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata baginda berkenan menghubunginya tengah hari tadi untuk bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

    “Baginda dengan penuh takzim bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya.

    Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

    MENARIK:  Zambry, Sim ketuai jentera pilihan raya parti kerajaan di KKB

    Pada Ahad, Anwar dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah