Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, berkongsi khabar gembira bahawa dia dan isterinya, Watie Hanifiah, bakal menimang anak perempuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Isteri Saya Kini Sudah Hamil Lima Bulan’ – Shuib
Bakal lahir April ini

Menurut Shuib, Watie dijangka melahirkan bayi mereka sekitar April ini menerusi pembedahan Caesar (C-section).
Watie memang nak anak perempuan, saya pula teringin anak lelaki. Tapi bila dah tahu perempuan, kami terima dengan hati terbuka dan sangat bersyukur.
Shuib juga berkongsi hasratnya untuk memandikan anak perempuannya ini sama seperti anak-anaknya yang lain.
Niat saya, anak perempuan ini nanti saya akan mandikan sendiri, sama seperti anak-anak yang lain.
Sementara itu, Watie yang tiada sebarang alahan memaklumkan dia masih belum menyediakan persiapan bayi kerana mahu mendahulukan majlis gender reveal dahulu.
Dekat rumah ada babycoat Ayash saja. Dan semalam kawan saya hadiahkan baju.
Setakat ini saya memang tidak ada apa-apa persediaan sebab saya memang rancang mahu selesaikan ‘gender reveal’ dahulu.
Kemudian selepas tujuh bulan baru buat persiapan. Ini semuanya kita belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini.
Bagi pemilihan nama pula, Watie menyerahkan keputusan itu kepada anak keduanya, Talitha.
Untuk nama saya dan Talita yang akan pilih. Disebabkan bayi ini perempuan, jadi saya ambillah nama yang dia pilih.
Shuib dan Watie berkata demikian ketika majlis ‘gender reveal’ yang diadakan secara sederhana bersama ahli keluarga dan rakan terdekat di Gombak, Selangor.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan adalah Fasha Sandha, Aidil Aziz, Sharifah Shahirah, Sharifah Zarina, Ijoy, Siti Saerah dan ramai lagi.
Untuk info, Watie yang berkahwin berdama Shuib pada Jun 2023 pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu.
Shuib memiliki empat orang cahaya
mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
The post [VIDEO] Shuib & Watie Bakal Timang Anak Perempuan, Dijangka Lahir April Ini Melalui Caesar first appeared on OHBULAN!.





