Pelakon Angeline Tan berkongsi tentang keindahan Islam dan perkongsiannya bersama rakan-rakan yang berlainan kepercayaan agama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Menangis Depan Kaabah – ‘Semoga Allah Memelihara Kita’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Islam Bukan Sahaja Panduan Hidup, Tetapi Ia Juga Menjaga Para Wanita’ – Angeline Tan
Keindahan Islam
Menerusi program Assalamualaikum di TV Alhijrah, Angeline atau nama lengkapnya Ardini Angeline Tan, menyifatkan hidayah Allah SWT yang diberikan kepadanya untuk memeluk Islam adalah sebuah anugerah terindah.
Memeluk Islam telah membuka satu ruang, satu pintu untuk saya belajar dengan lebih banyak.
Bukan sahaja untuk dunia sekarang tapi untuk kemudian (akhirat) juga.
Saya rasa sekarang ini sangat-sangat tenang.
Perkongsian Angeline
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (Kategori Saudara Baru Cemerlang) 2025 berkata, semenjak bergelar mualaf, ramai rakan-rakan yang berlainan agama bertanya kepadanya tentang Islam.
Setelah memeluk Islam, ramai kawan-kawan Cina dan India mula bertanya tentang Islam.
Sebab mereka tak pernah ada peluang untuk bertanya sebelum ini.
Mereka kata, ‘Islam ni macam mana? Kenapa begitu, kenapa begini?’
Menurut pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu, dia melihat perkara tersebut sebagai usaha yang dapat dilakukannya untuk menyampaikan dakwah secara kecil-kecilan.
Saya berkongsi sahaja tidak kisah dengan sesiapa pun. Itulah sekecil-kecil benda yang saya buat.
Ada seorang ustaz beritahu saya, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, ‘Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.’
Itulah apa yang saya nak buat, sebarkan dulu kepada keluarga dan kawan-kawan terdekat.
Sumber: TikTok Assalamualaikum TV Alhijrah
The post [VIDEO] ‘Semenjak Bergelar Mualaf, Ramai Kawan Berlainan Agama Tanya Tentang Islam’ – Angeline Tan first appeared on OHBULAN!.



Angeline, setelah memeluk Islam, tidak lokek untuk berkongsi tentang agama dengan rakan-rakan Cina dan India. Inilah bukti bahawa Islam itu rahmatan lil ‘alamin – rahmat untuk semua 
Semoga kita juga sentiasa diberi kekuatan untuk menyebarkan kebaikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang. 
#KongsiIlmu #RahmatUntukSemua #IndahnyaIslam #AssalamualaikumTVAlhijrah #AngelineTan 

