27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Melodi Perkenal MV ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini, Gabung Elemen Moden & Klasik

    Shopee Sale

    Pada 8 Mac lalu, program hiburan popular TV3, Melodi, memperkenalkan video muzik terbaharu berjudul Lagu Raya Untukmu nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayar Kereta Masuk Lubang, Wanita Terharu Meerqeen & Hael Husaini Datang Bantu – ‘Terima Kasih Sangat!’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hael Husaini Kongsi ‘Teaser’ Lagu Raya, Minta Idea Tajuk Dari Peminat

    Lagu raya

    Lagu Raya Untukmu tampil dengan gabungan elemen muzik moden dan klasik yang memberikan sentuhan segar, namun masih mengekalkan kemeriahan Aidilfitri serta nuansa nostalgia.

    Menerusi vokal yang penuh penghayatan, Hael Husaini menyampaikan mesej tentang kemaafan, semangat kebersamaan serta penghargaan kepada insan tersayang, sekaligus menjadikan sambutan perayaan terasa lebih bermakna.

    Lagu tersebut turut menyaksikan kolaborasi kreatif antara Hael Husaini dan penerbit terkenal, Iqie Hugh, yang bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama bagi memastikan setiap elemen dalam lagu itu digarap dengan penuh kreativiti serta emosi.

    Lagu Raya Untukmu juga merupakan antara projek kerjasama terbaharu antara Hael Husaini bersama Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Kerjasama ini mencerminkan hubungan profesional yang berterusan dalam menghasilkan karya muzik berkualiti, di samping memperkenalkan lagu raya moden yang segar kepada para pendengar.

    MENARIK:  Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Janji Tak Ulang Kesilapan Sama

    Dalam pada itu, Hael turut berharap agar lagu tersebut menjadi salah satu iringan indah dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

    Saya harap ia membawa suasana gembira dan kehangatan kepada para pendengar ketika meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat handai.

    Lebih daripada itu, lagu ini menyampaikan mesej tentang kepentingan kemaafan, semangat kebersamaan, serta menghargai setiap detik berharga bersama insan tersayang.

    Untuk info, video muzik Lagu Raya Untukmu kini boleh distrim di YouTube menerusi saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment.

    Penonton juga digalakkan untuk menyertai kemeriahan ini dengan menghasilkan video kreatif mereka sendiri menggunakan lagu ini, sama ada melalui video transisi persiapan Raya dan tarian ringkas yang memaparkan momen menjelang Aidilfitri.

    The post [VIDEO] Melodi Perkenal MV ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini, Gabung Elemen Moden & Klasik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah