Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mengakui enggan berkahwin sehingga mencapai tahap kekayaan yang disasarkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qadejah Dipuji Lincah Urus Kerja Dapur, Netizen Suka Didikan Aliff Syukri & Shahida – ‘Yang Ini Contoh Baik’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Suka Bercakap, Sampai Orang Gelar Aliff Syukri 2.0’ – Qadejah
Tak mahu kahwin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Qadejah dilihat sedang sibuk membuat Dubai Chocolate dan Cinnamon Roll yang dijual di Wisma D’herbs, Kota Damansara.
Video berdurasi selama seminit lebih itu meraih perhatian netizen dengan kenyataan spontan daripada Qadejah yang enggan berkahwin.
Saya dah fikir, saya tak mahu kahwin.
Saya nak kerja buat duit.
Kahwin itu nantilah. Kita jual, jadi kaya dulu.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara pemikiran Qadejah yang disifatkan matang sebelum umur. Selain itu, warganet turut kagum dengan impiannya yang rajin mencari duit walaupun berasal daripada keluarga berada.
Sumber: TikTok @Nur Shahida Mohd Rashid
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Kahwin, Nak Jadi Kaya Dulu’ – Qadejah first appeared on OHBULAN!.





