
Pempengaruh dan usahawan sensasi, Nur Sajat mendedahkan mengalami depresi dan dirinya perlu bergantung kepada ubat-ubatan.
Alami depresi
Menerusi podcast Soutudeen, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkongsi tentang pengalamannya bekerja di Australia.
Saya tahu perkara ini bukan mudah, memandangkan saya bukannya belajar tinggi setakat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja. Penggunaan bahasa Inggeris saya juga sangat lemah, jadi saya belajar.
Pertama sekali saya mendapat pekerjaan adalah sebagai pekerja biasa sahaja memandangkan saya tidak ada pengalaman bekerja. Sebab di sana mereka tak pandang siapa saya, yang mereka pandang adalah pengalaman bekerja di sana bukan pengalaman bekerja di Malaysia.
Menurut Sajat, dia memilih untuk bekerja sebagai satu cara untuk menangani masalah kesihatan mental yang dialaminya.
Saya nak bekerja ni sebab bosan dengan diri saya. Saya tak ada kawan. Memang ramai orang yang nak berkawan tapi saya sangat memilih. Sebab tu sebelum bekerja saya duduk sahaja di rumah, tak ada buat apa-apa.Masa itu saya fikir kalau terus macam ni, saya akan jadi macam diri yang dulu.
Masa itulah, saya fikir kena berhenti makan dan ambil pil depresi sebab kalau masih, memang tak boleh move on.
Benda itu (pil depresi) saya makan ketika saya mengalami masalah yang berlaku di Malaysia dan selepas itu berat badan saya pula bertambah sehingga 15 kilogram.
Banyak berdoa
Sajat pernah depression watch full video in yt. Link kt bio. @nursajat23
? original sound – soutudeen – soutudeen
Rentetan pelbagai kontroversi yang dihadapinya, pempengaruh berusia 40 tahun itu banyak berdoa dan bersolat.
Bagi saya, saya tahu Tuhan sentiasa ada dengan saya. Saya solat dan sentiasa berdoa.
Cuma yang tak ada dengan saya adalah tenaga saya. Sebab orang yang selalu ceria dan selalu bagi motivasi sebelum ini tiba-tiba bertukar jadi orang yang pendiam dan pada masa itu, saya memang bergantung pada ubat.
Bercerita lanjut, pelantun lagu Bobo Di Mana tersebut turut tersentak apabila anak perempuannya menyedari dirinya mula berubah.
Apa yang buat saya sedar adalah, bila anak perempuan saya cakap dengan saya, kenapa saya dah lain? Masa tu tengah berbual dalam telefon lalu saya diam sahaja.
Saya bekerja ni sebab saya perlukan kawan. Dekat Australia memang ada banyak aplikasi boleh berkenalan dengan orang tapi saya berkawan dengan rakan sekerja. Bila saya bekerja, masa itu ah saya terfikir untuk berhenti makan ubat depresi.
Pada masa itu juga orang yang bertanggungjawab pegang kes saya, cuba carikan saya kerja dan masukkan saya ke kelas-kelas retail untuk menjadikan saya lebih baik.





