
Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi berkongsi keadaan ruang solat di salah sebuah rumah mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang mengakibatkan api menjulang tinggi baru-baru ini di Putra Heights.
Ruang solat tidak dijilat api
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Najwan Halimi dilihat melawat kawasan yang mengalami kebakaran itu bersama ahli petugas yang lain.
Apa yang menakjubkan apabila keadaan ruang solat dilihat tidak terkesan dengan kebakaran yang melanda.
Salah satu rumah yang terjejas teruk.
Tapi bilik solat masih dalam keadaan baik.
Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya.
Dalam pada itu, Najwa Halimi menitipkan doa kepada seluruh mangsa terjejas agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.
Amalan tuan rumah




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan amalan yang dilaksanakan tuan rumah sehingga ruang solatnya dipelihara oleh Allah. Selain itu, warganet turut mengingatkan agar tidak meninggalkan solat kerana ianya merupakan tiang agama.





