31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ruhainies Kehilangan Kata-kata, Berusaha Pujuk Bella Astillah – ‘Saya Mahu Hilangkan Sengketa’

    Shopee Sale



    Pelakon Ruhainies tampil membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah selain mahu isu yang membabitkan dirinya dengan Aliff Aziz menemui titik noktah.

    ‘Kita masing-masing dah matang’

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Fareha Zainul Ilyas, 32, menjelaskan mempunyai alasan tersendiri mengapa selama ini dia memilih untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan.

    Baru sekarang saya nak tampil bukan sebab saya gentar ke apa, sebab saya memang berniat nak tampil lama dah tapi saya menunggu masa yang sesuai. Isu ni terlalu panas, saya tak nak apa-apa kenyataan yang keluar dari mulut saya dimanipulasikan.

    Kita masing-masing dah matang. Saya memang tak nak ada perbalahan terutamanya dalam media sosial. Itu bukan jalan yang betul. Kalau ada masalah, kita berjumpa dan berbincang.

    Dalam pada itu, Ruhainies meluahkan hasratnya untuk berjumpa dan berdamai dengan Bella. Aktres itu turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

    Saya nak berdamai terutamanya dengan Bella Astillah, saya tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella atau sesiapa pun. Bella ada hak untuk memaafkan atau tidak, saya tak boleh memaksa.

    Saya pun tak tahu macam mana nak pujuk lagi. Saya nak lupakan segala sengketa yang ada.

    Ruhainies turut berharap agar semua pihak yang terlibat dapat memaafkan dirinya selain mahu isu ini berakhir dengan segera.

    MENARIK:  Bekas Suami Liza Abdullah Meninggal Dunia

    Video

    " data-video-id="7362801229656886529">
    @official Ruhainies dah minta maaf secara terbuka dan akui ia satu titik hitam dalam kehidupannya ? # #sembangentertainment #ruhainies #minta #maaf #secara #terbuka ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah