
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim memilih untuk terus berdiam diri daripada berkongsi tentang perkahwinannya terdahulu.
Jaja kisah lalu
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita berpegang kepada prinsip untuk menutup rapat kisah rumah tangganya daripada diketahui orang termasuk anak-anaknya sendiri.
Kalau saya ni buruk sangat perangai, saya masih tak sanggup nak cerita keburukan bekas suami saya.
Sedangkan kehidupan saya ni anak saya sendiri tak tahu apa kesusahan yang saya tanggung. Kalau mereka nak bercerita tentang saya, ceritalah.
Mereka tanggung nanti dekat akhirat sana. Jadi kalau anda semua ingat anak saya tahu semua benda, tidak. Bagi saya itu adalah prinsip saya. Anak saya sendiri tak perlu tahu.
Menurut Rozita, jerih perih perpisahan yang dilalui biarlah tersimpan rapi meskipun dihujani dengan pelbagai komen negatif.
Memang saya kahwin cerai setakat itu sahaja dan saya berazam nak mati tanpa hisab.
Sebab itu saya cuba lawan untuk tidak membuka aib orang yang berada
di sekeliling saya.
Syurga Allah

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 61 tahun itu enggan meraih simpati daripada menjaja kisah peribadinya.
Saya tak mahu dapat simpati manusia atau orang ramai follow saya. Nanti kalau mati Allah tanya saya.
Syurga neraka saya berjalan di media sosial. Lebih baik ah saya kalah dengan sanjungan manusia dari saya tidak mendapat syurga Allah.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.
Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.
Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.
Kemudian, anak kepada Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan usahawan itu dengan suami terdahulu.





