
Nama penyanyi dan pelakon Roslan Shah tiba-tiba panas selepas didakwa mencuri duit bernilai SGD 20,000 (RM66,000) milik pempengaruh popular Singapura, Mangobossku.
Curi duit?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mangobossku yang merupakan usahawan kunafa popular Kota Singa mendakwa wang miliknya dijumpai berada di dalam beg milik Roslan.
Duit hilang 20K dia cakap dia tak ambil. Tapi duit dalam beg? Jadi siapa yang curi?
Dalam perkongsian tersebut, Mangobossku atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said pada mulanya menyangka kejadian itu semata ‘prank’.
Bagaimanapun, situasi berubah menjadi tegang selepas wang ringgit itu dijumpai dalam beg milik Roslan.
Sementara itu, Roslan tidak berdiam diri apabila mempertahankan diri di Instagram Stories.
Harap maaf, Cik Lan mengaku berdiam diri bukan bererti salah. Harap maklum!
Netizen simpati




Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet menzahirkan rasa simpati terhadap Roslan selain berpendapat wujud unsur penganiayaan.
Tetapi, ada juga menyatakan hanya sekadar gimik pemasaran dan video hanya sekadar ‘content’ semata-mata.
Usaha OhBulan untuk menghubungi Roslan gagal selepas penyanyi lagu Rojak Maznah Ke Tuu itu tidak menjawab panggilan telefon serta tidak membalas pesanan WhatsApp yang dikirim.






