
Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi kepada orang ramai nota terakhir yang ditinggalkan arwah isterinya, Akiko Okumura sebelum meninggal dunia.
‘Lakaran menu bulan Ramadan’

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ridzuan memaparkan nota bertulisan tangan berserta lakaran sarapan pagi yang dirancang Akiko untuk disediakan buat keluarganya.
Akiko tinggalkan nota terakhir sebelum dia tinggalkan saya dan Sky. Akiko melukis beberapa lakaran menu untuk bulan Ramadan hari pertama.
Bilik yang Akiko kemas sebelum meninggal sampai sekarang saya tidak usik.
Sementara itu, Ridzuan turut berkongsi Akiko pernah meminta supaya barang peninggalannya diberikan kepada bakal isteri Sky sekiranya dia pergi menghadap ilahi.
‘Saya sudah biasa’
#fyp??viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp?? #fypage #ridzokumura
? bunyi asal – Dhana Shops – Dhana Shops
Mengakui tindakan melakukan siaran langsung tidak menyenangkan beberapa pihak, Ridzuan berkata ia sudah menjadi kebiasaan baginya.
Tidak salah untuk saya buat siaran langsung bercerita dengan pengikut.
Bila saya cakap dengan orang ramai saya rasa tenang. Bila saya sorang-sorang saya tidak tenang.
Siaran langsung ini untuk kita bersembang dengan pengikut, orang yang mengenali untuk mengetahui perkembangan kita.
Saya sudah biasa buat siaran langsung dan bukan saya tidak sensitif, saya sangat sensitif.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.





