27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ramai ‘Tertipu’, Watak Amir Filem ‘Suami, Isteri & …’ Rupanya Dilakonkan Kanak-Kanak Perempuan – ‘Lah, Baru Tahu’

    Shopee Sale



    Siapa ingat lagi filem ‘Suami, Isteri & …’ lakonan hebat Datuk Rosyam Nor dan Lydiawati yang begitu popular era lewat 90-an dulu?

    Antara watak yang mencuit hati ialah ‘Adik Amir’ yang menjadi anak kepada watak Fatah dan Salmah yang dilakonkan Rosyam dan Lydiwati.

    ‘Adik Amir’ rupanya perempuan

    " data-video-id="7462409735539658001">
    @shahwiduri Disebalik Filem Suami Isteri Dan Dotdotdot. #disebalikfilem #suamiisteridandotdotdot #suamiisteridan #rosyamnor #lydiawati #suhanmovie #ernaelliyana #filemmelayu #filemterbaik #filemretro #filemmalaysia #filemmelayuretro ? bunyi asal – nazri_hassan

    Terbaharu, tular satu video di TikTok memaparkan sesi temu bual bersama pelakon yang melakon watak ‘Adik Amir’ tersebut.

    Menerusi temu bual, ternyata watak tersebut telah dilakonkan seorang kanak-kanak wanita yang kini sudah meningkat dewasa dan dikenali sebagai Erna Elliyana.

    Menurut Erna, ketika mendapat tawaran dia tidak menyangka akan melakonkan watak sebagai kanak-kanak lelaki sehinggalah Rosyam memintanya untuk memotong rambut pendek.

    Saya jadi watak Amir dalam filem tersebut. Waktu itu saya darjah satu dan baru nak ada rambut.

    Tiba-tiba masa dapat tawaran itu, Datuk Rosyam cakap, ‘Nanti awak kena potong rambut macam lelaki tau’.

    ‘Wardrobe’ saya di lokasi penggambaran pun semuanya pakaian untuk kanak-kanak lelaki dengan kasut dan sebagainya.

    Tapi ia satu situasi yang kelakarlah di mana bila waktu malam gala tayangan perdana, semua tercari-cari watak ‘Amir’ sebab waktu itu rambut saya dah tumbuh.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka watak tersebut dilakonkan oleh seorang kanak-kanak perempuan dan berseloroh mengatakan mereka sudah tertipu dengan perwatakan Erna dalam filem tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Kongsi Momen Berlatih Vokal, Syasya Rizal Bagi ‘Hint’ Bakal Kembali Beraksi?

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah