
Pempengaruh, Qawiy mendedahkan pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya gara-gara stres apabila didakwa terlibat dengan jenayah gangguan seksual sebelum ini.
Cuba untuk bunuh diri

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Abdul Qawiy Abd Rashit itu berkata pada ketika itu dia berada di titik terendah dalam hidupnya.
Disebabkan itu, dia cederung untuk berfikiran negatif kerana terlalu melayan perasaan.
Ketika itu, saya banyak menghabiskan masa di masjid seperti solat dan tidur di sana sampai tak makan.
Saya search di Google, ‘cara paling tak sakit untuk mati’ dan kemudian keluarlah cara-caranya.
Saya search lagi kali kedua, ‘apakah hukum bunuh diri’. Walaupun dah tahu saya cuma nak tahu ada tak kelonggaran hukum dalam melakukan perkara itu.
Saya ada juga search ‘jika masuk neraka adakah sampai bila-bila ataupun tidak dan adakah ada peluang untuk masuk syurga’
Qawiy berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu sesi podcast yang dikendalikan pempengaruh, Yousaff, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Qawiy berkata apabila menyedari perkara itu salah di sisi agama, dia terus berhenti melakukan carian di Internet.
Disebabkan saya takut untuk melakukan perkara itu, saya terus telefon adik saya.
Dia orang pertama yang tahu tentang masalah saya selepas dua minggu saya memilih untuk berdiam diri.





