Pendakwah bebas PU Syed tampil membuat teguran kepada jenama makanan tempatan yang didakwa menghasilkan kandungan tidak mematuhi syariah.
Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Zarina Anjoulie, Dakwa Promosi Maksiat Kepada Masyarakat – ‘Perbuatan Jelek & Dilarang Dalam Agama’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed
Konten yang lebih patuh syariah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menzahirkan rasa syukur atas keberkesanan konten yang dihasilkan bagi mempromosi produk yang dijual.
Namun, PU Syed berharap pihak yang terlibat menapis kandungan yang dihasilkan agar lebih mengikuti syariah.
Saya nak respon sedikit pada video iklan daripada restoran terkemuka di Malaysia.
Banyak yang tular, Alhamdulillah.
Semakin hari saya nampak ada perkara yang perlu saya tegur supaya pihak berkenaan cakna atas hal ini.
Bila kita buat iklan untuk ajak orang beli, boleh buat yang lebih mematuhi syariah.
Menurut PU Syed, kandungan yang dihasilkan tidak bersesuaian untuk dijadikan sebagai tontonan umum.
Video sebegini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai konten.
Ini hanya teguran sebagai hamba Allah kepada pihak hebat ini supaya kita menapis konten-konten selepas ini.
Biarlah yang mematuhi syariah, jangan lah mempermainkan perkara ini sebab dipandang umum.
Buatlah konten yang mendatangkan keberkatan kepada syarikat anda.
Terima kasih ustaz




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada PU Syed yang berani membuat teguran agar pihak terlibat lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan.
Sumber: Instagram @pusyed_official
The post [VIDEO] PU Syed Tegur Jenama Produk Makanan Popular – ‘Buatlah Konten Yang Mendatangkan Keberkatan’ first appeared on OHBULAN!.





