29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nisa Khairudin & Boyra Sah Bercerai – ‘Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya’

    Shopee Sale

    Pempengaruh Nisa Khairudin mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan suami yang juga seorang pempengaruh dikenali sebagai Boyra.

    Artikel Berkaitan: Tuan Badan Muncul Jelaskan Perkara Sebenar, Minta Henti Komen ‘Tak Boleh Lawan Nisa Ai’ – ‘Kenapa Macam Tak Ada Common Sense?’

    Nisa & Boyra bercerai

    Menerusi TikTok, Nisa memuat naik foto dirinya bersama Boyra yang hadir ke mahkamah syariah bagi menguruskan proses perceraian mereka.

    Di ruangan kapsyen, Nisa menzahirkan kata maaf kerana tidak dapat menjadi isteri terbaik buat Boyra.

    Nisa juga menitipkan ucapan terima kasih buat Boyra kerana telah menjadi suami terbaik dan mendoakan bekas suaminya itu menemui pengganti.

    Terima kasih pernah menjadi suami saya.

    Saya doakan awak bahagia di luar sana bersama orang yang lebih berhak untuk awak cintai.

    Maafkan saya sebab saya tak mampu nak bahagiakan dan perjuangkan hubungan kita.

    Nisa dah tak ada hati pada Boyra?

    Sementara itu, Boyra atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Mohd Noor mencuri perhatian menerusi satu hantaran dimuat naiknya di TikTok.

    MENARIK:  [VIDEO] Amira Othman Tidak Putus Asa Mencari Calon Suami – ‘Tiada Orang Tahu Ujian Percintaan Saya’

    Dakwa Boyra, perceraian berlaku disebabkan Nisa sudah tidak mempunyai hati terhadap dirinya.

    Terdahulu, kemelut rumah tangga Nisa dan Boyra mula menjadi tanda tanya selepas mereka sudah tidak lagi memuat naik foto bersama ditambah pula dengan Nisa yang didakwa berdepan dengan masalah tekanan perasaan.

    Untuk rekod, Boyra dan Nisa selamat mendirikan rumah tangga dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

    Sumber: TikTok

    The post Nisa Khairudin & Boyra Sah Bercerai – ‘Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah