
Usahawan dan pempengaruh Prince Syed Shahid menyorot perhatian ramai selepas berbelanja sebanyak RM980,000 kerana membeli barang kemas buat isterinya, Fatin Syazwani Ishak.
Lepas geram

Menerusi perkongsian di TikTok, Prince Syed berkata pembelian emas itu dibuat adalah untuk raya yang bakal tiba nanti.
Lepas geram berbelanja raya. Tu harga selepas diskaun semua, pada saya okay sangat nilai RM 980,000 tu dengan banyak emas yang dapat dibeli kali ini untuk pakai raya.
Alhamdulillah, jauh sangat beza harga. Tidak sangka layanan staf bagus, tidak perasan yang saya berhabis hampir satu juta dekat kedai emas ini sahaja.
Pengorbanan isteri lebih bernilai

Jelas usahawa itu, dia tidak kisah untuk berhabis duit buat isterinya kerana nilai pengorbanannya lebih besar berbanding wang ringgit.
Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai tu tidak penting, yang penting adalah jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada disisi kita susah dan senang.
Semoga isteriku akan menjadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup. Kita beli apa-apa cukuplah sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia cuma janganlah berlebih-lebih, ikut kemampuan, in sya-Allah.





