26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pempengaruh Eira Aziera Mohon Maaf, Reda Bayar RM100k Sebab ‘Body Shaming’ – ‘Saya Tak Sedih & Terkilan’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan, Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan Md Sidek kerana telah menghina bentuk fizikalnya, pada 2020.

    Eira Aziera bayar RM100k

    Menerusi hantaran video di TikTok, Eira atau nama lengkapnya Noomzira Pissal akui reda dengan keputusan mahmakah yang mengarahkannya untuk membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan.

    Alhamdulillah, Eira dah siap cek (bayaran ganti rugi). Hari yang sangat bermakna dan bersejarah bagi saya. Terima kasih kepada Allah SWT yang mempermudahkan urusan.

    Di sini, Eira juga nak selitkan permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan andai ada kata-kata kesat yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati sehingga membuatkan perasaan sedih. Eira susun 10 jari, mohon ampun dan maaf.

    Sementara itu, Eira memaklumkan bahawa kes mahkamah berhubung isu itu telah pun selesai dan dia akui akan kesilapan yang pernah dilakukannya itu.

    Eira tak ada rasa sedih atau terkilan sebab saya reda dan wajib membayar setiap kesilapan yang dilakukan. Duit ini adalah hasil daripada titik peluh sendiri tanpa buat pinjaman atau gadai untuk bayar kepada Suharnizan.

    Dalam kesempatan itu, Eira turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada keterlanjuran dalam berkata-kata selain sempat meminta orang ramai mendoakannya supaya menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

    MENARIK:  Radin Dedah Pamerkan Koleksi Kasut Sebanyak 800 Pasang Yang Pernah Dimilikinya

    Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal oleh pempengaruh media sosial itu.

    Video

    " data-video-id="7376958487244311829">
    @eiraaziera6699Pemohonan maaf secara terbuka kepada suharzan md sidek.. ?? original sound – Eira Azieraa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah