
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat hari ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Ke mahkamah?
Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’ @FOUNDER NILAM EMPIRE
? Perceraian Lara – Ipank
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam dilihat sedang berjalan sendirian di perkarangan mahkamah tersebut dengan mengenakan jubah dan hijab serba hitam.
Meskipun tidak menyatakan dengan terperinci tujuannya ke mahkamah, namun Nilam seolah-olah memberi bayangan tentang status rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.
Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya.
Selepas ini tiada lagi takdir kita yang bersama ‘kita’.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dan memberi kata-kata semangat kepada Nilam.
Terdahulu, Azlan didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita. Malah, Nilam turut berkongsi momen ketika suaminya itu sedang berbual di telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.
Azlan atau nama lengkapnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, kemudian menafikan dakwaan bahawa isu tersebut sengaja dilakukan demi meraih perhatian warganet.
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.





