Penyanyi Noraniza Idris berkongsi perkembangan terbaharunya bersama peminat dan warganet mengenai pembedahan bariatrik yang dilakukan sebelum ini.
meArtikel Berkaitan: Letak Muka Sendiri Dalam Poster Kematian Adik Angkat, Netizen Tegur Noraniza Idris – ‘Kurang Sesuai Kak Ani Sunting Begitu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shiha Zikir Sedih Baca Kecaman Terhadap Noraniza Idris Hanya Sebab Gemari Lagu ‘Minta Ampun’ – ‘Saya Rasa Dia Tidak Buat Salah’
Perjalanan bariatrik
Menerusi hantaran di TikTok, Noraniza, 58, mendedahkan dia telah berjaya menurunkan berat badan lebih dari tujuh kilogram selepas 22 hari menjalani pembedahan tersebut.
Noraniza juga dilihat sangat gembira apabila dia dapat memakai semula pakaiannya selepas beberapa tahun.
Hari genap 22 hari dan saya berjaya turun 7.4kg, berat asal saya dahulu 87.7kg sekarang 80.3kg.
Yang paling seronok hari ini saya boleh pakai semula baju-baju tahun 2020, dulu pakai sendat sekarang dah selesa.
Dalam masa yang sama, Noraniza juga mengakui pembedahan tersebut telah membantu dirinya menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Sementara itu, pelantun lagu Dikir Puteri ini juga menegaskan bahawa pembedahan tersebut dilakukan bukanlah semata-mata demi kecantikan tetapi memberikan peluang baharu kepada seseorang untuk memperbaiki kualiti hidup.
Bagi saya buat bariatrik ini bukan semata-mata nak kurus, itu satu bonus. Yang penting saya nak kembali sihat, lebih selesa bergerak, bertenaga dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Perjalanan ini memang memerlukan kesabaran dan disiplin terutama jadual pemakanan daripada dietitian.
Bariatrik bukan jalan pintas, ia adalah permulaan kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Noraniza Idris Kongsi Perubahan Selepas 22 Hari Jalani Pembedahan Bariatrik – ‘Saya Dah Boleh Pakai Semula Baju-Baju Tahun 2020’ first appeared on OHBULAN!.



22 Hari Selepas Bariatric Alhamdulillah, hari ni genap 22 hari. Berat saya turun daripada 87.7kg kepada 80.3kg, iaitu 7.4kg dalam masa 22 hari. Tapi bagi saya, yang paling menggembirakan bukan angka pada penimbang. Hari ni saya dah boleh pakai semula baju-baju saya tahun 2020 yang dah lama tak muat.
Bariatric bukan tentang nak kurus semata-mata. Ia adalah permulaan untuk hidup lebih sihat. Kena ada disiplin, kena sabar dan kena ikut pemakanan yang betul. Alhamdulillah, badan makin selesa, pergerakan makin ringan dan saya rasa lebih yakin untuk meneruskan perjalanan ini. Terima kasih Dr G, dietitian dan semua yang sentiasa mendoakan saya. Kurus itu bonus. Sihat itu matlamat.
22 Hari | -7.4kg 87.7kg ➜ 80.3kg #BariatricJourney #Day22 #NoranizaIdris #SihatItuNikmat #Qurus 

