31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Noor Nabila & Kekasih Bercuti Di Bali, Kapsyen Agensi Pelancongan Cetus Spekulasi – ‘Welcome Mrs Noor Nabila & Husband’

    Shopee Sale

    Nama usahawan Noor Nabila kembali menjadi perhatian selepas sebuah video percutiannya di Bali, Indonesia tular di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Individu Kagum Dengan Noor Nabila, Sentiasa Utamakan Hati Sendiri – ‘Dia Tak Berkompromi Untuk Kebahagiaan’

    MENARIK:  Kawan Liat Bayar Hutang? Peguam Kongsi Cara Tuntut Di Mahkamah

    Artikel Berkaitan: Netizen Selidik Harga Jam Tangan Noor Nabila, Cecah RM252,000 – ‘Sama Nilai Sebuah Apartment’

    ‘Welcome to Bali Mrs Noor Nabila & husband’

    " data-video-id="7636396728257662215" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ekowbali

    Welcome to Bali Mrs. Noor Nabila and Husband from Malaysia. Thank you so much for using our service during your holiday in Bali. Hope you had wondelfull vacation with us and hope to meet you again. Bali Shandi Tours – Smart Way to Enjoy Bali #lelakikekuningkuningan #noornabila #supirbali #sewasupirbali #supirmuslimbali @Supir Bali @Bali Muslim Tours @Shuttle Airport Bali

    ♬ 여전히 난 괜찮다…HNS1 – HAEVINI

    Dalam video yang dimuat naik oleh agensi pelancongan di TikTok, Nabila dilihat menikmati percutian bersama kekasih hatinya.

    Namun apa yang mencuri perhatian netizen apabila pemandu pelancong tersebut menulis kapsyen menggunakan perkataan ‘husband’.

    Welcome to Bali Mrs Noor Nabila & husband.

    Thank you so much for using our service during your holiday in Bali. Hope you had wonderful vacation with us and hope to meet you again.

    Perkongsian itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka adakah Nabila sudah mendirikan rumah tangga secara senyap.

    Sehingga kini, Nabila masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan spekulasi yang timbul.

    Sebelum ini, Nabila mengaku jejaka berjambang yang dikongsi di InstaStory adalah kekasih yang dikenali sejak April tahun lalu dan kini dalam fasa serius mengenali antara satu sama lain.

    Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian.

    Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

    Nabila seterusnya bernikah dengan Engkủ Emran Engku pada Mac 2021, namun perkahwinan itu berakhir pada tahun berikutnya.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Noor Nabila & Kekasih Bercuti Di Bali, Kapsyen Agensi Pelancongan Cetus Spekulasi – ‘Welcome Mrs Noor Nabila & Husband’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah