Pelakon Datin Niena Baharun berkongsi pengalaman menetap bersama keluarga mentua sejak mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niena Baharun Tepis Dakwaan Suami Halang Berlakon – ‘Dia Sentiasa Sokong Minat Saya’
‘Saya hormati cara mereka’
Menerusi temu bual bersama Majalah Nona,, pemilik nama Amaniena Kamarul Baharun, 32, mendedahkan dia sudah menetap bersama keluarga mentua lebih tujuh tahun dan menganggap ia sebagai satu nikmat yang besar dalam hidupnya.
Saya menetap dengan mak mentua saya lebih kurang tujuh tahun. Alhamdulillah.
Kerap orang tanya saya macam mana saya boleh tinggal dengan mentua. Saya daripada muda memang dah belajar berdikari.
Ujar pelakon filem Sayangku Kapten Mukhriz itu lagi berkata, antara prinsip yang dipegangnya untuk mengekalkan hubungan harmoni ialah sikap hormat serta kesediaan menyesuaikan diri dengan cara keluarga mentua sepanjang menetap bersama.
Bagi saya, bila masuk rumah orang tu sebagai tetamu maka kita ikutlah cara orang tu.
Itulah yang saya buat, saya hormati cara mereka. Saya pun bukannya menantu yang baik tapi saya menantu pertama dan tinggal dengan mentua. Menantu yang lain pun ada sekali, duduk di situ.
‘Diorang anggap saya macam anak’

Bercerita lanjut, Niena meluahkan rasa syukur kerana menerima layanan yang cukup baik daripada ibu dan bapa mentuanya, malah mereka menganggap dirinya seperti anak sendiri.
Diorang memang anggap saya macam anak, cara mereka layan saya seperti ibu bapa kandung.
Saya bersyukur dapat keluarga mentua yang sangat baik. Alhamdulillah, nak kata cerewet tu tidak. Kalau ada masalah ke apa, kami boleh berkongsi. Mereka sangat memahami.
Untuk rekod Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael, 7, dan Alyssa Marissa yang kini berusia lima tahun.
Sumber: TikTok Majalah Nona
The post [VIDEO] Niena Baharun Kongsi Rahsia Bahagia Tinggal Sebumbung Dengan Mentua – ‘Dah 7 Tahun Saya Menetap Di Sana’ first appeared on OHBULAN!.



#majalahnona #nienabaharun 

