25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video Ni Korang Pernah Tengok Tak? Sekali Tengok Nampak Real, Tapi…

    Shopee Sale

    Scroll TikTok, IG atau Facebook sekarang ni, mesti ada satu dua video yang buat kita berhenti sekejap. Ada yang cantik sangat, ada yang pelik tapi meyakinkan, ada yang buat kita fikir, “Eh ni betul ke?”

    Lepas tu timbul soalan yang sama, real ke AI?

    Kalau korang pun pernah rasa macam ni, korang tak sorang. Sebab sekarang ni, video viral memang semakin susah nak dibezakan.

    Sekali tengok macam real, dua kali tengok dah mula ragu-ragu

    View this post on Instagram

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    Banyak video viral sekarang ni sebenarnya tak bagi kita masa untuk fikir panjang. Visual dia kemas, pergerakan smooth, cerita nampak masuk akal. First reaction kita selalunya:

    “Macam betul je ni…”

    Tapi bila tengok lama sikit, baru mula perasan ada detail yang pelik, konteks tak jela atau cerita dia macam “lompat-lompat”

    Masalahnya, ramai dah react dulu sebelum sempat fikir.

    Kenapa video viral senang buat kita keliru?

    Salah satunya sebab emosi. Kadang-kadang video yang buat kita terkejut, kesian, kagum atau marah selalunya lebih senang dipercayai.

    AI pula sekarang makin pandai dan advance bab-bab ni. Bukan semata-mata rupa, tapi cara cerita disusun supaya nampak meyakinkan.

    Itu yang buat ramai orang keliru, termasuk content yang sebenarnya real pun boleh disangka AI.

    Tapi, ada juga kadang-kadang konten real pun bagi reaction yang sama

    View this post on Instagram

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    Yang buat benda ni lagi tricky, AI dan content real sekarang boleh bagi reaction yang sama. Kita boleh rasa kagum dengan AI-generated video, dan dalam masa sama, ragu dengan video yang betul-betul real.

    Bila dua-dua boleh trigger reaksi yang sama, instinct sahaja memang tak cukup. Sebab tu ramai yang tersalah anggap.

    MENARIK:  Jefri Nichol Teringin Nak Pergi Kelantan, Netizen Suruh Cuba Makan Nasi Kerabu

    Bukan sebab tak fikir, tapi sebab konten tu sendiri direka untuk nampak “convincing”.

    Sebenarnya AI ni bukan masalah pun, tapi cara kita terus percaya itu yang bahaya

    AI bukan benda negatif. Banyak content AI yang kreatif, fun dan memang dicipta untuk hiburan. Masalah mula jadi bila konten hiburan dianggap fakta, video tanpa konteks disangka berita atau sesuatu yang tak pasti terus dikongsi.

    Kadang-kadang, satu video viral je dah cukup untuk buat orang salah faham kalau kita tak pause sekejap.

    Jadi, apa patut kita buat bila jumpa video macam ni?

    Tak perlu terus jadi “AI police”. Cukup sekadar pause sekejap dan tanya diri sendiri, video ni datang dari mana, cerita dia masuk akal ke, atau sebenarnya kita react sebab emosi je?

    Kadang-kadang bila rasa “eh macam pelik”, itu bukan untuk kita tekan share terus, tapi tanda supaya berhenti dan fikir dulu.

    Sebab dalam dunia content viral sekarang, bukan semua yang nampak real itu betul, dan bukan semua yang nampak macam AI itu palsu. AI boleh jadi kreatif dan menyeronokkan, tapi sebagai pengguna, kita semua ada peranan untuk pastikan apa yang kita percaya dan kongsi tak mengelirukan orang lain.

    Pause. Verify. Baru share.

    The post Video Ni Korang Pernah Tengok Tak? Sekali Tengok Nampak Real, Tapi… first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah